.

Panduan Merangka Pelan Pemakanan (Pengiraan Kalori)

Ringkasan

Buku Panduan Asas Merangka Pelan Pemakanan ini adalah sesuai untuk semua. Untuk mereka yang nak kurangkan berat badan, naikkan berat badan dan juga yang ingin mengekalkan berat badan secara sihat.

Apa isi penting yang terkandung di dalam buku ini? Ramai yang memulakan cara pemakanan (diet) dengan mengikut gaya atau cara orang lain. Bertanya resipi, tips-tips atau menu-menu makanan daripada sumber inspirasi. Paling popular sekarang adalah melalui medium media sosial.

Untuk pengetahuan semua, berat badan kita berbeza satu sama lain. Ketinggian, jantina, kadar pembakaran tenaga badan (kadar aktif), tahap hormon juga berbeza satu sama lain. Jadi, adakah dengan mengikut menu-menu makanan dari orang lain yang mempunyai jenis badan yang berbeza dari anda, boleh membantu anda?

Di dalam buku ini, anda akan diajar dari perkara asas iaitu bagaimana anda boleh merangka sendiri pelan pemakanan harian berdasarkan keperluan badan anda sendiri. Bukan badan orang lain.

Bila kita sudah faham yang asas, baru kita mudah untuk memahami badan kita. Seterusnya, berjaya mengolah menu makanan sihat mengikut keperluan badan kita sendiri. Perjalanan kita untuk mencapai objektif atau target juga akan menjadi lebih mudah.

Tubuh badan kita sangat unik rekaanNya. Berbeza antara satu sama lain. Jagalah tubuh yang dipinjamkan sementara ini dengan sebaik-baik nya.


Harga buku cuma RM15

Kos Penghantaran Poslaju / Citylink +RM8

Proses pembungkusan & penghantaran akan dilakukan dalam 2-3 hari bekerja.


Beli Disini